Melayu
masih ingin mencipta sejarah dari masa depan,
membina
lagenda, demi gah namanya,
Lihat
NUN di UFUK TIMUR SANA,
China
sudah membina PERADABAN dari SEJARAH silam yang diulang-ulang,
Dalam
kita mengukir sejarah, mereka sudah mencipta peradaban bangsa.
Melayu
ku,
Peradaban
takkan dapat dicapai selagi masih ingin mencipta sejarah demi sejarah,
Kegagalan
peradaban Melayu bukan kerana lemah, bukan kerana musuh lebih gagah mengangkat
senjata, bukan kerana semangat hanya sebesar biji saga,
Cuma
kerana Melayu lupa jatidiri, hilang yakin diri.
Bangsa
China tidak terlalu sasa, tidak bertubuh perkasa, hanya punya semangat kental
semerah biji saga. Kekal merah walau kemana-mana.
Aku
bukan bangsa Cina, tapi aku kagum sama mereka!!
Terpulang
jika kamu ingin memanggilku pengkhianat bangsa
Sebelum
itu, harus KAU SEDAR DULU, siapa lebih layak untuk itu.
Kerana
Aku bukan seorang Melayu JATI tapi aku bangkit demi Melayu, kau ada begitu??
Melayu
ku...
Anak
muda kini sudah lupa siapa pejuang bangsa, sampai nanti suatu masa mungkin
sudah tidak mengenal siapa.
Tiada
lagi Mat Kilau, Dato Bahaman, Tok Janggut, Abd Rahman Limbong, Mat Saleh, Rentap,
jadi perbualan penyemarak semangat bangsa setiap masa!
BENAR!!
Kini
tiada lagi!
Anak
Melayu muda..
Mereka
ini pejuang bangsa KITA dengan rela berjuang menentang musuh walau berhadapan muncung
lela rentaka.
Sayu
hati kini Melayu dibuai lena; cinta, wang, harta, pangkat (dato’ oh dato’)
menjadi bualan setiap masa, lebih-lebih lagi kini ‘hantu’ yang semakin
berleluasa.
Alangkah
bagus jika kita renung sekejap ‘bangsa’ disana
TULISAN,
BAHASA, IDENTITI, masih kental tak berpaling,
Mereka
punya kung-fu sudah terkenal seantero dunia,
Mereka
ada Chen Zhen, ada Yip Man, ada Wong Fei-Hung, ada Bruce Lee, ada Jet Li yang cuma
bermodal seni bela diri. Mengekal identiti diri, kekal berbahasa, tulisan dulu
sehingga kini.
Kita
pula bagaimana??bagaimana bahasa kita?bagaimana tulisan kita?mana identiti
bahasa dan tulisan kita??mana identiti Melayu kita??
Ada....!!
Kita
masih ada!!!
Tapi
sudah hampir seperti tapai yang dimamah ‘sang ragi’,
BANGKITLAH!
sebelum sepenuhnya menjadi tapai,
hanya
punya nama, tapi sudah hilang zat dan jatidiri.
Jangan
suatu masa nanti, semua tidak berani mengaku Melayu lagi.
BANGKITLAH!
Hanya
tinggal 8 tahun lagi,
berhenti
mencipta sejarah lagi,
berhenti
untuk menjadi lagenda dalam sejarah yang kau cipta,
TOLONG
BERHENTI!!
Lagendamu
itu takkan bererti jika MITOS saja yang kau uli,
Kembalilah
kepada jatidiri sendiri...
*masih
belum sempurna.....namun cukup sajalah sampai disini*
**
Tolong ingat warkah ini..**