Monday, February 18, 2013

Suatu Kenangan Terindah




DULU kita pernah bermasam-muka, menangis, juga ketawa bersama, terkadang tak bertegur sapa, lagak seperti keanak-anakan,

Masa begitu pantas berlalu mematang usia, menjadikan kita dewasa.

Mungkin kini, tentu ada yang terfikir kembali sifat keanak-anakan suatu ketika dahulu mungkin satu perkara bodoh baginya tapi cubalah berfikir dan renunglah sekali lagi bahawa sifat itulah yang menjadi KENANGAN TERINDAH pada masa kini.

Dewasa kini, kenakalan ‘kebudak-budakan’ itu tentu sukar terEKSPRESI lagi, tentu saja tiada lagi yang begitu begini, yang santai, duduk, berlepak sana-sini. Masing-masing pasti datang dengan bahasa dewasa yang tersendiri. Ada sesetengahnya mengerti, ada juga yang sukar difahami.

Dan aku tetap begini, masih menulis sendiri dengan gaya bahasa sendiri (maafkan aku cikgu BM), ku pohon maaf untuk kalian juga, kerna tulisan ini bukan untuk ditangisi, bukan untuk menyakiti, sedikit ekpresi diri yang terluah dari simpanan memori ketika ada kalanya aku sedang menyendiri.



TRIMAS....KALIAN “KENANGAN TERINDAH DALAM HIDUPKU”!!