Pendidikan percuma yang diidamkan itu boleh,
tapi sekiranya berada didunia impian atau dunia ‘magika’,(jangan gelabah dulu,
baca selebihnya)
Perkataan ‘Pendidikan
percuma’ itu perlu diklasifikasikan dengan
lebih spesifik, ianya penyataan atau perkataan yang memberi maksud perkara
am/umum.
Pendidikan...**bukan sekadar belajar, melihat,
mendengar atau berfikir**
“Pendidikan Percuma”
Secara spesifiknya mengambil kira utiliti
seperti:
1.
KOS BAHAN – alat-alat tulis,
kertas dan sebagainya yang berkaitan. Jika ini pun hendak percuma, maka kualiti
belum pasti tinggi, semua orang memakai alatan yang sama, sedangkan semua orang
itu punya kepelbagaian kehendak atau keselesaan, cuba tengok persekitaran, pen,
kertas, beg n lain-lain adakah sama??tidak bukan?
2.
KOS BAHAN PEMBELAJARAN – Ini
merujuk kepada buku-buku rujukan, internet dan lain2. Buku novel mampu beli
dengan senang hati tak akan buku belajar tak boleh pulak (bukan semua oranglah
kan). Buku rujukan ni bukan datang dari 1 tempat je, dan bukan institusi tu aje
yang keluarkan buku, ada yang kena import juga tu, kos bahan import macam
mana??kos penjilidan/penerbitan buku tak kira ker? Yang tulis buku dengan penat
lelah segala macam kajian tak akan lah tak ada apa2 yang dapat sebagai pulangan.
Kalau macam tu tak ramailah yang akan tulis buku nanti. Ramai pulak akan jawab,
takda buku kita pakai internet. Ya..internet memang boleh ganti buku, tapi
tukang upload ‘cerita-cerita’ dari
buku tu sanggup ke nak upload? Mesti
kena ada pulangan (pendapatan) juga untuk mereka. Internet ni jugak bukan
sekadar macam buka mulut dan cakap. Fikirlah kos talian, kos komputer, kos
elektrik, kos baik pulih atau korang lebih faham dengan perkataan ‘maintenance’.
3.
TEMPAT PEMBELAJARAN – pembinaan
sebuah dewan kuliah yang punya serba lengkap kelengkapan itu perlu. Aircond, kipas, lampu, kerusi,
whiteboard, meja, komputer, n lain-lain. Ya...semua bahan itu sekali dalam
penyediaannya, tapi tidak terfikirkah KOS BAIK PULIH??takkan lah ambil atau
ubahsuai daripada simpanan depo pelupusan kan?
4.
PENGINAPAN DAN PENGANGKUTAN
PELAJAR – Cuba kira berapa orang pelajar yang ada dalam sesebuah institusi??Semuanya
harus percuma kan?Nak buat tempat tinggal, jalan, kenderaan pengangkutan;
minyak, kos baik pulih penempatan dan pengangkutan datangnya dari mana?
5.
IMBUHAN/INSENTIF TENAGA PENGAJAR –
Menjadi pensyarah/guru itu sekarang dikenali sebagai profesion, makanya tentu
ada imbuhannya. Menjadi pensyarah/guru bukan kerja sambilan (part-time job). Pensyarah/guru bukan
setakat datang mengajar dan pulang, mereka punya tanggungjawab yang pelbagai,
ke sana sini, berkursus, mengkaji. Semua tu kos, perlu ada pendapatan. Malahan
mereka juga berkeluarga dan punya tempat tinggal sendiri, kos pengangkutan
mereka lagi. Tak akan lah tiap2 institusi nak kena buat rumah pengajar kan?? Katakanlah
ada 300 pensyarah/guru. 300 buah rumah la kat situ sebab nak elak kos pengangkutan??
6.
KESAN JANGKA PANJANG – pelajar
sekarang memanglah belajar sungguh2 kalau diberi pendidikan secara percuma
sebab korang faham betapa susahnya nak dapat pendidikan, tapi fikirlah
adik-adik n anak-anak kita nanti macam mana. Mereka punya mentaliti, pendidikan
itu percuma, jadi tak payah belajar sungguh2, belajar pandai2 pun sama susah n
senangnya. Orang ramai mesti jawab, kenapa negara lain
boleh buat kenapa negara kita tak boleh buat. Tak apa, kita teruskan
perbincangan.
Itu baru kos FAKTOR
‘DALAMAN’, faktor luarannya cuba rujuk faktor demografi, berapa bilangan
anak-anak muda sekarang yang lahir dan membesar yang perlukan pendidikan?berapa
ramai yang digelar pelajar dan berapa ramai yang bekerja. Kira kos untuk
pendidikan dan kos pendapatan negara (bukan pendapatan negara yang sekarang:
kos pendapatan negara setelah tolak semua yang berkaitan perkara ‘pendidikan’
macam yang dibincang diatas). Belum lagi masuk elemen makanan dan minuman
pelajar, kos kem atau projek2 atau aktiviti luar pelajar, RnD (kajian dan
pembangunan). Contoh mudah, kem kemahiran insaniah, tak akan lah panggil
penceramah percuma juga.
Persoalannya, DIMANA
PENDIDIKAN ITU HARUS DIKLASIFIKASIKAN SECARA PERCUMA?ADAKAH KHAS UNTUK SESIAPA
ATAU SEMUA RAKYAT?/APA YANG PERCUMA DALAM PENDIDIKAN?BAGAIMANA?BILA?MOHON
PENCERAHAN DAN PENJELASAN SESIAPA YANG UAR-UAR KAN PENDIDIKAN PERCUMA NI. Mungkin
ada yang berfikir ini penyataan bodoh dan pasti ada yang berkata penulis ni
bodoh tak mahu pendidikan percuma. Semua orang nak barang percuma, tapi kita
perlu realistik. Ambil contoh mudah jer. Berapa banyak air yang dijual kat
pasar2?sedangkan air anugerah Allah, ia sepatutnya percuma, tapi mengambil kira
kos bahan, kos proses air tu menyebabkan air itu ada harganya. Tak kisah kalau
penulisan ni dianggap bodoh (sebabnya saya manusia yang masih dan akan
selamanya belajar kerana merasa diri ‘bodoh’, manusia ni tak seorang pun bijak
melainkan hanya dengan rahmat dan kasih sayang dariNYA sahaja yang memberi ilmu
kepada manusia dan seluruh makhluk yang dikehendaki).
Memang tak dinafikan
pendidikan sekarang begitu mahal kosnya, diharapkan pihak sepatutnya lebih
berfikir tentang ‘pulangan’ tenaga pengajar atau elemen berkaitan secara
(keperluan) berbanding menggunakan medium pendidikan secara ‘pulangan’
(keuntungan). PTPTN perlu dikaji semula perlaksanaannya. Kita perlukan badan
kewangan seperti ini, bukan terus tolak. Cuma perbaiki dimana silapnya. Cuba
kaji juga peminjam PTPTN macam mana mereka punya gaya hidup di kampus, makan,
pakai takat pakai duit dengan terma keperluan atau terma kehendak. Peminjaman
PTPTN perlu diberi setakat mencapai keperluan pelajar dan bukannya kehendak
pelajar. (Maaf bagi peminjam PTPTN, bukan untuk semua, kenyataan ini dilihat
berdasarkan sesetengah peminjam yang menggunakan duit tersebut dengan tidak
cermat, contohnya dari segi pembelian pakaian, telefon, dan macam2 lagi yang
lebih dari kemampuan sebenar; sebelum dapat PTPTN). Sekadar perbincangan yang
setakat ini je penulis nampak dan terfikir, moga kalian dapat tambah elemen
yang tertinggal.