Thursday, January 17, 2013

Sedikit tentang pendidikan percuma (bukan bermotif politik, lebih menuju realistik)



Pendidikan percuma yang diidamkan itu boleh, tapi sekiranya berada didunia impian atau dunia ‘magika’,(jangan gelabah dulu, baca selebihnya)
Perkataan ‘Pendidikan percuma’  itu perlu diklasifikasikan dengan lebih spesifik, ianya penyataan atau perkataan yang memberi maksud perkara am/umum.
Pendidikan...**bukan sekadar belajar, melihat, mendengar atau berfikir**

“Pendidikan Percuma”
Secara spesifiknya mengambil kira utiliti seperti:

1.    KOS BAHAN – alat-alat tulis, kertas dan sebagainya yang berkaitan. Jika ini pun hendak percuma, maka kualiti belum pasti tinggi, semua orang memakai alatan yang sama, sedangkan semua orang itu punya kepelbagaian kehendak atau keselesaan, cuba tengok persekitaran, pen, kertas, beg n lain-lain adakah sama??tidak bukan?

2.    KOS BAHAN PEMBELAJARAN – Ini merujuk kepada buku-buku rujukan, internet dan lain2. Buku novel mampu beli dengan senang hati tak akan buku belajar tak boleh pulak (bukan semua oranglah kan). Buku rujukan ni bukan datang dari 1 tempat je, dan bukan institusi tu aje yang keluarkan buku, ada yang kena import juga tu, kos bahan import macam mana??kos penjilidan/penerbitan buku tak kira ker? Yang tulis buku dengan penat lelah segala macam kajian tak akan lah tak ada apa2 yang dapat sebagai pulangan. Kalau macam tu tak ramailah yang akan tulis buku nanti. Ramai pulak akan jawab, takda buku kita pakai internet. Ya..internet memang boleh ganti buku, tapi tukang upload ‘cerita-cerita’ dari buku tu sanggup ke nak upload? Mesti kena ada pulangan (pendapatan) juga untuk mereka. Internet ni jugak bukan sekadar macam buka mulut dan cakap. Fikirlah kos talian, kos komputer, kos elektrik, kos baik pulih atau korang lebih faham dengan perkataan ‘maintenance’.

3.    TEMPAT PEMBELAJARAN – pembinaan sebuah dewan kuliah yang punya serba lengkap kelengkapan itu perlu. Aircond, kipas, lampu, kerusi, whiteboard, meja, komputer, n lain-lain. Ya...semua bahan itu sekali dalam penyediaannya, tapi tidak terfikirkah KOS BAIK PULIH??takkan lah ambil atau ubahsuai daripada simpanan depo pelupusan kan?

4.    PENGINAPAN DAN PENGANGKUTAN PELAJAR – Cuba kira berapa orang pelajar yang ada dalam sesebuah institusi??Semuanya harus percuma kan?Nak buat tempat tinggal, jalan, kenderaan pengangkutan; minyak, kos baik pulih penempatan dan pengangkutan datangnya dari mana?

5.    IMBUHAN/INSENTIF TENAGA PENGAJAR – Menjadi pensyarah/guru itu sekarang dikenali sebagai profesion, makanya tentu ada imbuhannya. Menjadi pensyarah/guru bukan kerja sambilan (part-time job). Pensyarah/guru bukan setakat datang mengajar dan pulang, mereka punya tanggungjawab yang pelbagai, ke sana sini, berkursus, mengkaji. Semua tu kos, perlu ada pendapatan. Malahan mereka juga berkeluarga dan punya tempat tinggal sendiri, kos pengangkutan mereka lagi. Tak akan lah tiap2 institusi nak kena buat rumah pengajar kan?? Katakanlah ada 300 pensyarah/guru. 300 buah rumah la kat situ sebab nak elak kos pengangkutan??

6.    KESAN JANGKA PANJANG – pelajar sekarang memanglah belajar sungguh2 kalau diberi pendidikan secara percuma sebab korang faham betapa susahnya nak dapat pendidikan, tapi fikirlah adik-adik n anak-anak kita nanti macam mana. Mereka punya mentaliti, pendidikan itu percuma, jadi tak payah belajar sungguh2, belajar pandai2 pun sama susah n senangnya. Orang ramai mesti jawab, kenapa negara lain boleh buat kenapa negara kita tak boleh buat. Tak apa, kita teruskan perbincangan.

Itu baru kos FAKTOR ‘DALAMAN’, faktor luarannya cuba rujuk faktor demografi, berapa bilangan anak-anak muda sekarang yang lahir dan membesar yang perlukan pendidikan?berapa ramai yang digelar pelajar dan berapa ramai yang bekerja. Kira kos untuk pendidikan dan kos pendapatan negara (bukan pendapatan negara yang sekarang: kos pendapatan negara setelah tolak semua yang berkaitan perkara ‘pendidikan’ macam yang dibincang diatas). Belum lagi masuk elemen makanan dan minuman pelajar, kos kem atau projek2 atau aktiviti luar pelajar, RnD (kajian dan pembangunan). Contoh mudah, kem kemahiran insaniah, tak akan lah panggil penceramah percuma juga.

Persoalannya, DIMANA PENDIDIKAN ITU HARUS DIKLASIFIKASIKAN SECARA PERCUMA?ADAKAH KHAS UNTUK SESIAPA ATAU SEMUA RAKYAT?/APA YANG PERCUMA DALAM PENDIDIKAN?BAGAIMANA?BILA?MOHON PENCERAHAN DAN PENJELASAN SESIAPA YANG UAR-UAR KAN PENDIDIKAN PERCUMA NI. Mungkin ada yang berfikir ini penyataan bodoh dan pasti ada yang berkata penulis ni bodoh tak mahu pendidikan percuma. Semua orang nak barang percuma, tapi kita perlu realistik. Ambil contoh mudah jer. Berapa banyak air yang dijual kat pasar2?sedangkan air anugerah Allah, ia sepatutnya percuma, tapi mengambil kira kos bahan, kos proses air tu menyebabkan air itu ada harganya. Tak kisah kalau penulisan ni dianggap bodoh (sebabnya saya manusia yang masih dan akan selamanya belajar kerana merasa diri ‘bodoh’, manusia ni tak seorang pun bijak melainkan hanya dengan rahmat dan kasih sayang dariNYA sahaja yang memberi ilmu kepada manusia dan seluruh makhluk yang dikehendaki).

Memang tak dinafikan pendidikan sekarang begitu mahal kosnya, diharapkan pihak sepatutnya lebih berfikir tentang ‘pulangan’ tenaga pengajar atau elemen berkaitan secara (keperluan) berbanding menggunakan medium pendidikan secara ‘pulangan’ (keuntungan). PTPTN perlu dikaji semula perlaksanaannya. Kita perlukan badan kewangan seperti ini, bukan terus tolak. Cuma perbaiki dimana silapnya. Cuba kaji juga peminjam PTPTN macam mana mereka punya gaya hidup di kampus, makan, pakai takat pakai duit dengan terma keperluan atau terma kehendak. Peminjaman PTPTN perlu diberi setakat mencapai keperluan pelajar dan bukannya kehendak pelajar. (Maaf bagi peminjam PTPTN, bukan untuk semua, kenyataan ini dilihat berdasarkan sesetengah peminjam yang menggunakan duit tersebut dengan tidak cermat, contohnya dari segi pembelian pakaian, telefon, dan macam2 lagi yang lebih dari kemampuan sebenar; sebelum dapat PTPTN). Sekadar perbincangan yang setakat ini je penulis nampak dan terfikir, moga kalian dapat tambah elemen yang tertinggal.

No comments:

Post a Comment