Saturday, April 19, 2014

Termenung atau Merenung?


Termenung juga salah satu cara bagaimana memanfaatkan Sekolah Kehidupan?Opps…maafkan saya, mungkin perkataan yang TEPAT adalah MERENUNG/BERFIKIR.
Ada orang menung kosong, ada orang menung mendapat pelajaran, bezanya adalah isi dan pengertian. Ketahuilah akan kamu bahawa apa yang kamu lalui, perhatikan, rasakan dalam perjalanan kehidupan di alam ini adalah SEKOLAH TERBAIK untuk kehidupanmu.

Allah menjadikan kehidupan ini dengan pelbagai ciptaan yang jika diperhatikan tidak kira ianya BENDA HIDUP atau BUKAN HIDUP seperti Tumbuh-tumbuhan, Binatang, Awan, Bangunan-bangunan, kenderaan dan pelbagai lagi kewujudan pasti akan bertambahnya rasa KEHINAAN dan KECINTAAN kita kepada Maha Pencipta, Allah S.W.T.

Sukacitanya saya mengajak sahabat untuk sama-sama berfikir dan mencambahkan lagi idea atau pemikiran mengenai apa yang terlintas dalam fikiran saya ketika ini. Seketika, terdetik dan terlintas difikiran mengenai Tudung dan Pemakaian wanita zaman kini. Perhatikan monolog dibawah (Perihal Tudung dan Pemakaian):

A: Aku inginkan wanita yang SEMPURNA, bukan CANTIK.

B: Bukankah CANTIK itu juga salah satu cabang keSEMPURNAan?

A: Benar, tapi sejauh mana kefahaman mengenai CANTIK dan SEMPURNA itu? Ramai wanita yang mengejar KECANTIKAN DALAM PEMAKAIAN mereka tanpa pedulikan KESEMPURNAAN mereka MENUTUP AURAT. Lihat saja banyak fesyen-fesyen pelik.

B: Ala, fesyen la bagus, kau pun suka kan, tipu kalau tak tertarik dengan wanita yang pakai pakaian macam ni.

A: Iya, benar, fitrah aku yang bernama lelaki memang suka perhiasan (wanita) macam tu. Tapi sanggup ke KALAU HAK KITA DIKONGSI bersama dengan orang lain? Ibarat beli barang mahal dengan barang murah. Semua orang mampu beli barang murah dan kepuasan mereka sama, rasa bangga tu tak ada, kadang ada rasa malu/ rendah diri. Cuba lihat orang yang mampu beli barang mahal dan eksklusif. Lain kan perasaan. Contohnya, bila kita bawa kereta Wira, orang lain pun kereta Wira, perasaan biasa je. Cuba kita lalu kat orang yang bawa Jaguar, Ferarri ke, apa kita rasa. Rasa rendah diri. Bila kita pula bawa kereta mahal, rasa senang, lega hati. Orang nak jadi macam kita, orang sanjung kita, orang tanya apa rahsia.

A: Kalau perempuan tu mengejar keSEMPURNAan dalam menutup aurat, dengan sendirinya dia akan nampak CANTIK. Tapi kalau mereka fokus nak nampak CANTIK, keSEMPURNAan dalam penglihatan susuk dan harga diri perempuan tu hilang. Kadang ada rasa menyampah. Cuba kita tengok isu-isu sekarang ni. Bagi aku, benarlah orang cakap “nak fesyen ikut kemampuan”. Nak berfesyen kan, ada la harga yag perlu dibayar.  Tapi kalau BETUL NAK TUTUP AURAT, tak perlu fikir kemampuan pun, ambik je kain kosong, jahit tepi, kalau nak hias manik ke apa terserah. Kain alas meja pun x apa. Hehe..cuba kita tengok Oki Setiana Dewi, cukup pakai tudung lepas tu ambil je kain apa-apapun. Orang panggil scarf kan? https://www.flickr.com/photos/2121studio/6976740509/in/photostream/

A: Cuba tengok, SEMPURNA tak dia tutup AURAT?Nampak CANTIK tak? Cuba kita tengok pulak orang yang CANTIK, tapi pakaian tah apa-apa. Rasa SEMPURNA tak dalam diri dia?Suka tengok dia kan? Tapi kalau ditawar jadi isteri nak ke tak?Dosa dia kamu tanggung jugak tu…

B: ~Lalalalaala…


**Kalau rasa ianya berguna, silakan share, Saya sedar, saya bukanlah orang yang baik atau terbaik, mahupun menunjuk baik, tapi IZINKANLAH untuk saya memperoleh sedikit amal jariah yang berterusan hasil daripada perkongsian anda.^_^. Maaf jika penulisan ini ada yang membuat sidang pembaca terguris hati. Silakan juga menegur atau edit kepada penulisan yang lebih baik jika ianya tidak menyenangkan.

No comments:

Post a Comment