Friday, February 11, 2011

yang mungkin orang TAKKAN FAHAM..

aku suka fikir2..lpas tu aku suka tulis2 apa aku fikir..

tapi.....
lepas aku fikir2 aku jadi banyak diam,
sampai orang akan tanya "kenapa diam jer?"
sampai orang akan tanya "ada masalah ker?"
sampai orang akan kata KEDEKUT ILMU,
xnak kongsi apa aku tahu atau apa aku faham,

thats why.....
aku suka simpan sorang2 apa aku fikir,

thats why (kot).....
jiwa aku makin jadi halus(cepat terasa)
kadang2 tak tersimpan, terhambur camtu jer..
berderai*****
harap neuron sampaikannya, angin bawakannya..
mudah-mudahan 'mereka' akan dapat 'merasa' apa aku rasa,

dan...
aku akan sentiasa dan
mesti kena ingat 'pesanan-pesanan' yang berguna,
walaupun kadang2 aku lupa ayat penuh 'pesanan' tu,

tapi xpe..
JANJI aku x lupa apa yang cuba disampaikan,
JANJI aku faham apa yang cuba disampaikan,
JANJI aku TAK AKAN LEKA NAK SALAHKAN TUHAN(berdosa tu)

KALAU BOLEH..
memang aku nak KONGSI ilmu yang aku dapat,
AKU TAK LAYAK NAK AJAR,

SEBAB..
AKU BUKAN SUMBER ILMU!!

SEBAB..
SEMUA ILMU TU AKU HANYA PINJAM JER!!

kadang2..
aku rasa kecil hati jugak,
macam cakap sorang2
sebab..
orang tak pernah nak faham dan tak mahu nak ambil tahu PUN..

yer..
aku cuma hidup sorang2

yer..
aku cuma tahu mengarut,
dan..

yer..AKU TAHU..
aku cuma yang membosankan??
ATAU melecehkan??
ATAU merumitkan??
ATAU merimaskan??
(admit jer xyah nafi..:-P)

tapi tak pe..
AKU TAK LUPA 'pesanan yang baik tu'
terima kasih Tuhan (alhamdulillah),

tapi xpe..
AKU TAK LUPA untuk mainkan watak ku dalam pentas dunia ni,

JADI..
aku teruskan berfikir, berfikir, dan TERUS BERFIKIR!
JADI..
aku teruskan menulis, menulis, dan TERUS MENULIS!

walaupun dianggap gila,
walaupun dianggap membosankan,
walaupun dianggap menjengkelkan,
walaupun yang macam2..

SEBAB..
itu watakku,itu peranan tugasku,
besok2 TOLONG jangan salahkan aku
aku dah cuba sampaikan..

besok2 TOLONG jangan tengking aku:
"sampaikan apa??aku tak faham!!"

yer..sengaja aku buat camtu..
sebab..
kalau dah suap bulat2 sesuatu ilmu tu..
TAKKAN dapat rasa kepuasan mendapatnya,
TAKKAN dapat hikmah dalam mencarinya,
TAKKAN dapat menghargai sesungguh-SUNGGUHnya,
kan aku cakap aku FIKIR..
kenapa TAK NAK FIKIR JUGA??
bukankah kita sama??
YANG ADA AKAL
YANG ADA HATI

opss..mungkin aku tak sama,
orang lain itu 'high class',
orang lain itu lebih bijak pandai,
orang lain itu lebih..lebih..lebih...

AKU CUMA INSAN HINA,
AKU CUMA INSAN DAIF,
AKU CUMA YANG MENGARUT,
AKU CUMA YANG MEMBOSANKAN,
AKU CUMA...ahhh..sudahlah..
nanti TUHAN marah..(bukan niat mengeluh>jangan salah sangka)

pendek kata:
AKU SEDAR SIAPA DIRI..

{pesanan itu: walau sejauh mana kita usaha namun semuanya dengan izin ALLAH sahaja..}

itulah sampai sekarang aku teruskan usaha..apa peduli orang kata..yang penting kita jalankan tugas kita, yang memberi faham itu HANYA dengan IZIN ALLAH semata...

Tuesday, January 25, 2011

Bila ORANG LAMA itu KALUT, ORANG BARU itu mula jadi menCARUT

kita x akan pernah faham penderitaan dan rintihan orang lain sebelum kita merasai benda yang sama..letakkanlah diri kita pada tempatnya, baru mengerti..dunia kini bukan dunia dulu..orang lama KALUT menghentam orang baru, orang baru CARUT kerana KALUT itu..

manusia..
mengapa begitu??
tidakkah engkau melihat dunia??
tidakkah kau melihat dirimu sendiri??
manusia itu berubah muda kepada tua
begitu juga dunia ini, semakin tua

mengapa menjadi kalut?
kata kau:
"Kalau dulu, orang kuat kerja x cepat penat
TAK macam orang sekarang bagi kerja sikit dah penat"

"Dulu, orang kurang tidur,
TAK macam orang skarang banyak plak TIDUR"

"Dulu, jalan kaki jauh2 pun x letih,
TAK macam org skarang manja, mengada-ada"

"Dulu, baca buku banyak2 pun O.k jer,
TAK macam orang skarang, baca sikit dah sakit mata"

"Dulu, tak da pun orang minta itu ini, diam jer,
TAK macam org skarang, banyak benda nak minta"

"Dulu, berdiri lama2 pun boleh tahan,
TAK macam org skrang, mesti nak kerusi,kaki kejang lar"

huhh..macam2 la lagi yang tak larat ak nak taip semua,
orang dulu pernah menjadi org skarang,
orang skarang x pernah menjadi org dlu,
jangan pula salahkan orang skarang kalau mula mencarut kerana kalutmu itu,
sebab mereka x pernah merasai bagaimana orang dlu,
cuma orang dulu yang dapat rasai bagaimana orang skarang
(bagaimana kdaan n situasi mereka), cuba la rasa dan mengerti..
manusia skarang mudah letih kerana perubahan kdaan dunia,
pokok2 yang memberi oksigen sudah kurang TAK MACAM DULU,
makanan2 pun banyak yang berunsur kimia TAK MACAM DULU,
tengok cuaca plak pukul 8 pun dah panas terik macam pukul 12, TAK MACAM DULU,
orang skarang perlukan kemudahan yang baik, sebab tu banyak minta itu ini, sebab mereka tak ckup kuat kerana perubahan2 persekitaran yang TAK MACAM DULU,
kini manusia itu bervariasi, keinginan lahir macam2 TAK MACAM DULU,

>skarang banyak yang komen2 (ruang post sentiasa ada) tulis pakai blog tak lagi pakai buku, TAK MACAM DULU, [yela kan pakai buku nak komen kat mana?] komen kat buku tu bukan penulis tau, bukan orang tau, sekarang semua boleh tau, jadi banyak la plak tukang komen/kritik.

........huhh..abis la aku........
:-)*senyum*

Sunday, January 23, 2011

Satu Permulaan

Sebuah buku membuatkanku celik untuk menulis dan menghasilkannya,tetapi dengan hanya sebuah aku hanya mampu 'copy n paste'(truk tu)10 buah buku membuatku tertarik dan menjadi licik untuk men'ciplak' susunan2 aksara indah itu(haramlah).. 100 buah buku membuatku memahami ekpresi bahasa & gaya penyampaiannya juga dapat membuatku mencuba memulakan dan 'melahirkannya' dan.. 1000 buah membuat akalku menjadi matang dan berani untuk menghasilkan sebuah buku TERBAIK..insyaallah..