Thursday, October 18, 2012

Tentang Aku : ISOLASI


Dalam keriuhan sejagat, banyak cerita, banyak berita sana-sini,
Bila cerita disana gelak, ....ketawa....
Sampai berita disana terpinga, tak kurang juga menambah isinya,
Disini,
Insan kerdil ini terpaku kaku, cuma tahu menjadi pendengar yang setia,
Jika benar angguk mengia, jika tidak hanya diam, cuba menjauhinya,
Mungkin..
terkadang aku ini agak membosankan,
Maafkanlah wahai teman jika itu menganggumu, jika tingkah ku tidak bersekutu..
Aku tidak pandai berceloteh mesra,
Tidak pandai bercerita penglipur- lara,
Tidak juga pandai menyampai berita,
Aku kata bila cari fakta, jadi buta bila auta!!
Muafakat keramaian ini terasa gelandangan pula bagiku, aku begitu sunyi..:-(
Dalam keriuhan terasa sepi, dinding maya menghimpit diri.
Isolasi telah lama dari penduduk bumi,
Kitab putih & cahaya hitam ifiniti sentiasa disisi,
Itu sahaja peneutral sepi...sehingga aku jadi begini...
Sudah rapuh susuk ini...menapak konkrit tak mudah lagi,
Tekal bersembunyi di sangkar kiri...
Menunggu hari berganti hari...
Tak akan lagi dicari digali...
Nanti aku kan pergi, tiada lagi...
Renungkan putih hitam infiniti,
Pengubat rindu pengganti diri....

(Khamis, Okt 18, 2012)-1907

Monday, June 11, 2012

TENTANG AKU: CINTA DIKALA MEDAN PENENTU

Betapa indahnya dirasa kehidupan ini pabila cinta hadir mewarnai kesuraman hati,

Seakannya kurasa cinta SEDANG HADIR dikala diri sedang menempuh medan penentu,
Seolah diri ini dipandu dan dipacu menuju jalan ditentu,
Terus menuju jalan yang satu dari cabang berliku,

CINTA itu mengGAGAHkan aku, tidak sekali melemahkan dan melekakan aku,
Jika lemah dan lekanya aku, itu bukanlah 'CINTA' untuk aku,
Tapi hanya API yang menyemarakkan NAFSU...
Bermohon Hubb berlandas pada Ya Rabb,

Gelisah hati tidak, tenang pun tidak, apakah benar CINTA sedang menghadiri aku??
Istiqarah Cinta ku memohon dalam sujud sedingin waktu,
Mohon kekasih abadi sepanjang zaman,
Moga tersebut namanya, terlihat zahir wajah dan susuknya,

Bila sampainya waktu,
KITA pasti kan BERSATU,
Sempurnakan Rusukku,
Aku Menunggu Mu.....

Moga Tuhan Kabulkan doa kudusku,
Amin...

**sebak.....**

Friday, June 01, 2012

Warkah untuk Melayu



Melayu masih ingin mencipta sejarah dari masa depan,
membina lagenda, demi gah namanya,
Lihat NUN di UFUK TIMUR SANA,
China sudah membina PERADABAN dari SEJARAH silam yang diulang-ulang,
Dalam kita mengukir sejarah, mereka sudah mencipta peradaban bangsa.


Melayu ku,
Peradaban takkan dapat dicapai selagi masih ingin mencipta sejarah demi sejarah,
Kegagalan peradaban Melayu bukan kerana lemah, bukan kerana musuh lebih gagah mengangkat senjata, bukan kerana semangat hanya sebesar biji saga,
Cuma kerana Melayu lupa jatidiri, hilang yakin diri.
Bangsa China tidak terlalu sasa, tidak bertubuh perkasa, hanya punya semangat kental semerah biji saga. Kekal merah walau kemana-mana.


Aku bukan bangsa Cina, tapi aku kagum sama mereka!!
Terpulang jika kamu ingin memanggilku pengkhianat bangsa
Sebelum itu, harus KAU SEDAR DULU, siapa lebih layak untuk itu.
Kerana Aku bukan seorang Melayu JATI tapi aku bangkit demi Melayu, kau ada begitu??


Melayu ku...
Anak muda kini sudah lupa siapa pejuang bangsa, sampai nanti suatu masa mungkin sudah tidak mengenal siapa.
Tiada lagi Mat Kilau, Dato Bahaman, Tok Janggut, Abd Rahman Limbong, Mat Saleh, Rentap, jadi perbualan penyemarak semangat bangsa setiap masa!


BENAR!!
Kini tiada lagi!
Anak Melayu muda..
Mereka ini pejuang bangsa KITA dengan rela berjuang menentang musuh walau berhadapan muncung lela rentaka.
Sayu hati kini Melayu dibuai lena; cinta, wang, harta, pangkat (dato’ oh dato’) menjadi bualan setiap masa, lebih-lebih lagi kini ‘hantu’ yang semakin berleluasa.


Alangkah bagus jika kita renung sekejap ‘bangsa’ disana
TULISAN, BAHASA, IDENTITI, masih kental tak berpaling,
Mereka punya kung-fu sudah terkenal seantero dunia,
Mereka ada Chen Zhen, ada Yip Man, ada Wong Fei-Hung, ada Bruce Lee, ada Jet Li yang cuma bermodal seni bela diri. Mengekal identiti diri, kekal berbahasa, tulisan dulu sehingga kini.
Kita pula bagaimana??bagaimana bahasa kita?bagaimana tulisan kita?mana identiti bahasa dan tulisan kita??mana identiti Melayu kita??


Ada....!!
Kita masih ada!!!
Tapi sudah hampir seperti tapai yang dimamah ‘sang ragi’,
BANGKITLAH! sebelum sepenuhnya menjadi tapai,
hanya punya nama, tapi sudah hilang zat dan jatidiri.
Jangan suatu masa nanti, semua tidak berani mengaku Melayu lagi.


BANGKITLAH!
Hanya tinggal 8 tahun lagi,
berhenti mencipta sejarah lagi,
berhenti untuk menjadi lagenda dalam sejarah yang kau cipta,


TOLONG BERHENTI!!
Lagendamu itu takkan bererti jika MITOS saja yang kau uli,
Kembalilah kepada jatidiri sendiri...


*masih belum sempurna.....namun cukup sajalah sampai disini*


** Tolong ingat warkah ini..**

Wednesday, May 09, 2012

Tentang Aku Hari Ini


Tentang hari ini:
Merenung dunia buat seketika...oh Malaysia..’permainan’ yang kini sudah bosan..!!

Kemudian youtube ditekan:
kata yang cukup bererti (hidup sungguh sepi).....itu lagu "Bawaku Pergi" (Kaka n Zizan)

then..dapat tau lagu tu di banned RTM, katanya itu dan ini...bla..bla..bla..
Apa yang lucu kumpulan yang cukup terkenal dengan lagu2 puisi (Kopratasa) yang anak-anak muda skarang pun x mau dengar lagu puisi pun di banned (aku tergelak di pagi sepi, geli rasa hati) "Aku Bukan Musuh Harta"...apa salah menyata bukan musuh harta???

Ohhh...tolong...apakah kau sudah “panik” mendengar Panik-Bunkface??(pun di banned)

jadi aku terfikir:
...mungkin 'kamu' sudah punya 'harta bertimbun' hingga 'hidupmu jadi sungguh sepi'??dan mungkin kau sudah "Panik" kerana satu dunia sudah bersedia??1 DUNIA SUDAH BERSEDIA!!

Zizan, Kaka, Malique, Bunkface, Kopratasa, ‘Pak Samad’..mereka itu cinta seni, Cuma ingin mengekspresi seni...aku fikir sendiri...Makanya tidak hairan jika 'Pak Samad' yang kini menghimpun usia sanggup menggagah diri ke sana sini walaupun cuma 'duduk' tak berdiri. Itu baru ‘Pak Samad’...jangankan pula sampai 1 MALAYSIA seperti kau laungkan selalu.. jangan sampai 1 hari nanti semakin dipenuhi...usah pula berhukum-hakam bila sampai waktu itu nanti.

Oiii...!!kalau yang nyata ‘kuning’ itu tak kau peduli mengapa kini berhukum sekadar untuk memenuhi??Jika terus begini..aku, dia, kamu, malah leluhur ku, dia, dan kamu, pun turut pasti kekal menjadi ‘kuning’!!!LOL Malaysiaku kini. LOL. LOL. LOL...:-D
May 9,2012.

Wednesday, October 26, 2011

Suara Yang Hanya Sekadar Tinggal Suara


Wahai Khalifah di Muka Bumi!!


Kau telah terbuai oleh arena politik masa kini,

Sunnah telah jauh kau tinggalkan, kata kau “itu kuno”

Rakyat itu sedang meminta, rakyat itu sedang menderita!!

Aku kecewa..mereka kecewa..DIA sedang MURKA!


Suara yang hanya sekadar tinggal suara,

Suara pujian kau sebarkan,

Suara pujian kau hormat dan julang setingginya,

‘Rasuah’ itu yang kau mahukan!!??


Suara yang hanya sekadar tinggal suara,

Suara rintihan itu kau pekakkan,

Suara rintihan itu sekadar memenuhi bekas hitam,

Yang saban minggu kau lontarkan “tidak berguna”

Yang saban minggu kau keluhkan “kami sedang usaha”, “kami perlu masa”, “kami..kami..dan kami..”


Suara yang hanya sekadar tinggal suara,

“Kera di Hutan Disusukan, Anak di Rumah Mati Kelaparan”,

Kau telah terkenal seantero dunia, Tahniah! GAH namamu di ‘sana’,

Kau juga terkenal disini, tapi sungguh KEJI namamu di ‘sini’!!


Suara yang hanya sekadar tinggal suara,

“Ibarat Pahat Dengan Penukul”,

Mengapa selalu perlu ada faktor luar?

Demonstrasi itu tukulnya, tanggungjawabmu itu pahatnya,

TUKUL itukah yang kau mahukan??!


Suara yang hanya sekadar tinggal suara,

Kami bertanya mana musyawarah?

Kami bertanya mana geraknya?

Mana musyawarah? Mana gerakannya?


Disini kami bukan mengeluh,

Kami cuma terbitkan rasa kecewa,

Kami bermatian memerah keringat melepas titik-peluh,

Agar kelak generasi KITA merasa bahagia, riang ketawa.


Kami punya hak bersuara,

Kami terbitkan luluhnya jiwa,

Sekadar bersuara melepas kecewa,

Walaupun nanti SUARA YANG HANYA SEKADAR TINGGAL SUARA..


kfymzee Oktober 26, 2011 (0420)

Tuesday, May 03, 2011

KITA TERLALU MENERIMA HAKIKAT KEBENARAN MELALUI KESILAPAN YANG DILAKUKAN OLEH ORANG TERDAHULU

KEBENARAN SEBENAR BUKANLAH SEPERTI APA YANG DIBENTANGKAN KEPADA KITA, TETAPI KITA PERLU BERFIKIR DENGAN SEBAIKNYA UNTUK MENERIMA HAKIKAT KEBENARAN.

Mungkin ramai yang tidak akan bersetuju apabila saya mengatakan kita sebenar telah melakukan kesilapan tanpa sedar dengan menerima ia sebagai yang benar khususnya yang sudah biasa menuturkan dan suka menyebarkan dengan kenyataan ini; “Jangan tanya apa sumbangan (______) kepada kamu, tetapi tanya apa sumbangan kamu kepada (______)

Jika dilihat dari segi struktur ayat (JANGAN TANYA APA SUMBANGAN (______) KEPADA KAMU), terlihat jelas bahawa perkataan JANGAN menggambarkan sudut negatif dan tekanan kepada setiap insan yang dituju. Perkataan ini selain menggambarkan negatif ia juga menggambarkan sesuatu yang bersifat arahan yang bersifat kekal dan muktamad yang tidak boleh disangkal.

Kenyataan sebegini juga seolah-olah melakukan sesuatu tanpa tujuan dan matlamat. Cuba anda fikirkan sewaktu anda bersekolah, cuba anda letakkan sekolah dalam kenyataan di atas. Bukankah kita bersekolah adalah untuk mendapatkan ilmu dan sebagai medium untuk menyiapkan diri untuk melangkah ke bidang yang lebih tinggi? Jika kita TIDAK bertanya apakah sumbangan sekolah kepada kita, kita TIDAK AKAN mempunyai matlamat yang jelas dalam menuntut ilmu, dan jika kita terlalu sibuk dengan pertanyaan apakah sumbangan kita kepada sekolah, maka kita telah terpincang dari tujuan dan niat sebenar kita bersekolah, iaitu untuk mencari ilmu dan menunaikan hasrat ibu bapa yang menghantar kita bersekolah. Begitu juga dalam pelbagai aspek lain, cuba letakkan organisasi, syarikat, negara dan sebagainya dalam kenyataan di atas dan anda perlu fikirkan sedalam-dalamnya. Mustahil anda tidak akan dapat memahami kesilapan yang telah dilakukan dengan kenyataan seperti itu. Saya juga manusia biasa, tetapi saya menggunakan akal yang dianugerahkan Allah untuk berfikir, mengapa tidak anda??

Mengkritik sahaja adalah tidak cukup, oleh itu ingin saya perbetulkan kenyataan yang diagung2kan selama ini dengan cara saya sendiri, jika ada yang tidak bersetuju itu terpulang.

“Jangan tanya apa sumbangan (______) kepada kamu, tetapi tanya apa sumbangan kamu kepada (______) adalah cara bertindak SEORANG HAMBA, SEBALIKNYA “Tanyalah apa sumbangan (______) kepada kamu, DAN tanya APA PULA sumbangan kamu kepada (_______)” adalah cara bertindak orang yang BERSYUKUR dan CEMERLANG”

Melalui kenyataan ini terlihat proses timbal balas dalam kedua-dua pihak, dan kedua-dua pihak turut mendapat faedah, contohnya di sini dalam konteks negara. Dengan menggunakan kenyataan “Tanya apa sumbangan NEGARA kepada kamu, DAN tanya APA PULA sumbangan kamu kepada NEGARA”.

Seperti kita sedia maklum, sesebuah negara itu MEMBERI kita identiti, mengenal budaya bangsa negara, sumber kekayaan, keamanan dan kedamaian dalam kehidupan dan nikmat-nikmat hidup yang lain. Jadi, sebagai orang yang bersyukur dengan nikmat2 ini, cubalah bertanya PULA apakah sumbangan kita terhadap negara. Kita menerima keamanan apabila berlindung dalam negara, jadi TANYALAH apakah sumbangan kita untuk mengekalkan keamanan tersebut. Jika kita TIDAK BERTANYA apa sumbangan negara kepada kita, maka tentunya kita akan menjadi PEMBELOT NEGARA.

Oleh itu, kedua-dua pihak haruslah menjaga kepentingan bersama, tidak hanya membebankan rakyatnya dengan HEBAT MELAUNG2KAN “JANGAN tanya apa sumbangan negara kepada kamu, tetapi tanya apa sumbangan kamu kepada negara” kerana hal ini akan mengakibatkan bentuk penindasan terhadap rakyat yang seterusnya akan menyebabkan rakyat hilang kepercayaan untuk terus bernaung di bawah kedaulatan negara tersebut. Kenyataan sebegini turut juga memberi kesan terhadap konteks yang lain seperti sekolah, syarikat, organisasi, universiti, kolej dan sebagainya.

**tolong perbetulkan jika anda merasakan ia SILAP, dan tolong sebarkan jika anda merasakan ia ADA BENARNYA untuk kepentingan bersama**

Friday, February 11, 2011

yang mungkin orang TAKKAN FAHAM..

aku suka fikir2..lpas tu aku suka tulis2 apa aku fikir..

tapi.....
lepas aku fikir2 aku jadi banyak diam,
sampai orang akan tanya "kenapa diam jer?"
sampai orang akan tanya "ada masalah ker?"
sampai orang akan kata KEDEKUT ILMU,
xnak kongsi apa aku tahu atau apa aku faham,

thats why.....
aku suka simpan sorang2 apa aku fikir,

thats why (kot).....
jiwa aku makin jadi halus(cepat terasa)
kadang2 tak tersimpan, terhambur camtu jer..
berderai*****
harap neuron sampaikannya, angin bawakannya..
mudah-mudahan 'mereka' akan dapat 'merasa' apa aku rasa,

dan...
aku akan sentiasa dan
mesti kena ingat 'pesanan-pesanan' yang berguna,
walaupun kadang2 aku lupa ayat penuh 'pesanan' tu,

tapi xpe..
JANJI aku x lupa apa yang cuba disampaikan,
JANJI aku faham apa yang cuba disampaikan,
JANJI aku TAK AKAN LEKA NAK SALAHKAN TUHAN(berdosa tu)

KALAU BOLEH..
memang aku nak KONGSI ilmu yang aku dapat,
AKU TAK LAYAK NAK AJAR,

SEBAB..
AKU BUKAN SUMBER ILMU!!

SEBAB..
SEMUA ILMU TU AKU HANYA PINJAM JER!!

kadang2..
aku rasa kecil hati jugak,
macam cakap sorang2
sebab..
orang tak pernah nak faham dan tak mahu nak ambil tahu PUN..

yer..
aku cuma hidup sorang2

yer..
aku cuma tahu mengarut,
dan..

yer..AKU TAHU..
aku cuma yang membosankan??
ATAU melecehkan??
ATAU merumitkan??
ATAU merimaskan??
(admit jer xyah nafi..:-P)

tapi tak pe..
AKU TAK LUPA 'pesanan yang baik tu'
terima kasih Tuhan (alhamdulillah),

tapi xpe..
AKU TAK LUPA untuk mainkan watak ku dalam pentas dunia ni,

JADI..
aku teruskan berfikir, berfikir, dan TERUS BERFIKIR!
JADI..
aku teruskan menulis, menulis, dan TERUS MENULIS!

walaupun dianggap gila,
walaupun dianggap membosankan,
walaupun dianggap menjengkelkan,
walaupun yang macam2..

SEBAB..
itu watakku,itu peranan tugasku,
besok2 TOLONG jangan salahkan aku
aku dah cuba sampaikan..

besok2 TOLONG jangan tengking aku:
"sampaikan apa??aku tak faham!!"

yer..sengaja aku buat camtu..
sebab..
kalau dah suap bulat2 sesuatu ilmu tu..
TAKKAN dapat rasa kepuasan mendapatnya,
TAKKAN dapat hikmah dalam mencarinya,
TAKKAN dapat menghargai sesungguh-SUNGGUHnya,
kan aku cakap aku FIKIR..
kenapa TAK NAK FIKIR JUGA??
bukankah kita sama??
YANG ADA AKAL
YANG ADA HATI

opss..mungkin aku tak sama,
orang lain itu 'high class',
orang lain itu lebih bijak pandai,
orang lain itu lebih..lebih..lebih...

AKU CUMA INSAN HINA,
AKU CUMA INSAN DAIF,
AKU CUMA YANG MENGARUT,
AKU CUMA YANG MEMBOSANKAN,
AKU CUMA...ahhh..sudahlah..
nanti TUHAN marah..(bukan niat mengeluh>jangan salah sangka)

pendek kata:
AKU SEDAR SIAPA DIRI..

{pesanan itu: walau sejauh mana kita usaha namun semuanya dengan izin ALLAH sahaja..}

itulah sampai sekarang aku teruskan usaha..apa peduli orang kata..yang penting kita jalankan tugas kita, yang memberi faham itu HANYA dengan IZIN ALLAH semata...